Permohonan Rumah Selangorku
Apa khabar semua?
Kali ni saya nak karutkan pasal permohonan rumah selangorku.
Kebanyakan org mesti dah tau apa rumah SelangorKu ni kan. Tapi saya yakin, ada
jugak yang baru dengar atau pernah dengar tapi tak ambil port atau pernah dengar
dan sedang memohon Rumah Selangorku ni. Syabas!
Seperti juga rumah Pr1ma, Rumah Selangorku ni adalah hasil initiative
Kerajaan Selangor yang mensasarkan satu rumah satu family. Semua Rumah
Selangorku ni, dibawah pengurusan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
So,
apa syarat-syarat kelayakan memohon Rumah Selangorku ini? Haa.boleh tengok kat
website ni : http://www.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_faq
Semua details ada.
Secara ringkas Rumah Selangorku ni ;
·
Ada Empat (4) jenis ; A, B,
C, D
·
Harga : tak lebih RM250,00.00 bergantung kepada jenis
rumah (makin besar keluasan rumah semakin besar harganya)
Jadi apa yang saya nak ceritakan ni adalah pengalaman saya
sendiri memohon Rumah Selangorku.
3 Mac 2016
Saya mula mengisi borang Rumah Selangorku secara online. Upload
dokumen yang diperlukan dan hantar. Time nak isi boring kena fikir betul-betul
jenis rumah apa yang nak dipohon dan di mana. Sebabnya, kita boleh pilih hanya
satu pilihan sahaja. Kena tengok betul-betul rumah tu di kawasan mukim mana.
Saya pening jugak nak pilihan kawasan mana. Akhirnya saya pilih rumah
selangorku (Bandar Seri Coalfields-Jenis D) di Mukim Ijok Kuala Selangor. Sebab
apa? Sebab rumah teres dua tingkat. Hehe. Status permohonan di peringkat ni
ialah “Berjaya Didaftarkan”
7 Mac 2016
Saya check permohonan dah bertukar kepada “Senarai Menunggu”.
Cepat jugak.
*Lepas pada tarikh ni hari-hari saya check website Rumah
Selangorku ni, nak tengok statusnya. Rasa excited die bukan main.
29 Mac 2016
Macam biasa, check dekat website harini, dan Alhamdulillah
status bertukar kepada “Ditawarkan Rumah. B
Nak pastikan samada betul-betul nama kita ada dalam list,
boleh semak di http://lphs.selangor.gov.my/
Di iklan pengumuman Senarai Nama yang Berjaya ditawarkan rumah menerusi
Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemilihan Nama Bil… Klik kat link ni, kemudian ada
paparan senarai rumah, klik pada rumah yang kita pohon tu,pastu download la.
List tu dimasukkan dalam format excel.
Lepas tu, kita kena tunggu surat tawaran dari Lembaga
Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang akan dihantar ke alamat rumah kita
dalam masa 30 hari.
Tu saja untuk karutan kali ni.
Kepada sesiapa yang tengah cari rumah diluar sana. Try usha2
Rumah Selangorku di website http://www.lphs.gov.my/lphs/index.php
ni. Selamat mencuba! Semoga ada rezeki anda di sini. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteMasa awak isi dekat website LPHS tu, awak ada sertakan sekali tak CCRIS report ? Sebab saya check dekat website dia tak ada tanda * dekat CCRIS tu time nak upload docs. Tapi orang kata kena jugak ....
W'salam.. masa saya isi tu, ikut yang ada tanda * je.. yang takde tanda tu, tak perlu..
ReplyDeleteAda tak perlu buat ape2 bayaran semasa mereka panggil utk undi rumah?
ReplyDeleteCepat juga tapi saya dah dekat setahun masih lagi senarai menunggu
ReplyDeletesama lah,huhu
DeleteItula..terkejut jugak dapat cepat..rezeki namanya..
DeleteSalam. Saya dapat tawaran untuk rumah alam suria 1 tgkat kat puncak alam. Tapi rasa macam salah pilih sebb before this rasa macam nk hibiscus 3 desa coalfield yg 2 tgkat tu. Xtau la cmne salah tekan ke berangan masa apply tu. Now kalau nak tukar lokasi rumah pilihan bolwh keðŸ˜
ReplyDeleteCuba call lphs..coalfied hibisus sy tgk xde dh dlm web..my dh xde kot unit.. Alam suria msih byk lg.sy apply
DeleteNak tukar lokasi susah nak dapat..so mase isi tu kena betul2..utk pengetahuan saudari,rumah hibiscus 3 pun dah fully booked (staff developer KLK yang bagitahu)..tapi kalau nak cuba hibiscus 3 ni..boleh contact klk land..mane tau ade yg tak lepas loan..kalau ade rezki tak kemana..
DeleteSalam. Boleh tahu tak berapa lama tempoh masa yg diberikan lphs utk kita submit semua document yg diminta tu. Means macam kalau tak submit lebih dr 3 bulan. Tawaran tu automatik di batalkan atau tidak
ReplyDeleteAfter msj Dr dev, dia bg 2week submit documents sokongan hardcopy.. then sebulan setengah - 2bln target utk klulusan kedua.bdsrkn dokumen sokongan tu.. tp sy dpt sebulan result lps submit dokumen tu. Skrg proses loan
ReplyDeleteDah dekat setahun tunggu...masih lagi senarai menunggu,sampai rumah yg area kita mintak tu pun dah xdek...boleh bg pndapat x nak buat mcm mane?? 😪
ReplyDeletedalam senarai pilih, kita still boleh tukar jenis rumah tak?
ReplyDeleteSaya dah hampir sebulan apply tapi masih lagi di status "disemak"...
ReplyDelete