Wednesday, 13 January 2016

Jawatan Guru MARA DC/DG41

Pengalaman Temuduga Jawatan GURU MARA DC/DG41


Assalamu’alaikum w.b.t
Buat semua pembaca blog-blog di Malaysia. Hari ini terasa nak mengarut sikit mengenai pengalaman temudaga GURU MARA DC/DG 41 2015. Semoga apa yang saya ingin kongsikan ini sampai kepada semua pembaca hendaknya.

Saya percaya ramai pembaca di luar sana samada yang masih menganggur mahupun yang sudah berkerjaya tercari-cari sama ada jawatan guru masih dibuka oleh kementerian mahupun MARA sendiri. Betul tak?

Kan.. Saya yakin ramai pembaca berhasrat ingin meneruskan kerjaya dalam bidang perguruan ini. Samada minat atau tak minat, ramai sekarang ni saya lihat ramai orang diluar sana mencari-cari jawatan guru ini. 


Pengalaman temuduga guru MARA ini merupakan pengalaman saya sendiri yang berlaku pada bulan Januari 2015. Pada November 2014, tersiar ikan jawatan kosong untuk JAWATAN GURU MARA DC/DG41. Sewaktu iklan disiarkan saya sudahpun melapor diri di sebuah Syarikat Swasta, baru beberapa hari. Namun, dengan sedikit keinginan menjadi Guru, apa lagi, saya pun apply jawatan itu.

Banyak opsyen matapelajaran yang diberikan. Tapi hanya perlu pilih satu. Saya memilih prinsip perakaunan, Sebabnya senang, saya ada degree in Accounting. Walaupun saya lebih minat subjek matematik. Namun saya pilih akaun sebab kena dengan degree. Takut kalau pilih matematik tak lepas pulak. Untuk pengetahuan, saya tiada education background pun.

Akan tetapi, MARA masih mengambil graduan bukan pendidikan dan akan diserap sebagai Guru Kontrak DC41. Guru yang dapat jawatan ini, perlu mengambil Diploma Pendidikan untuk melayakkan diri ke pangkat DG41.

Untuk tambahan, JAWATAN GURU MARA ini juga telah dibuka pada tahun sebelumnya (2013) untuk pengambilan tahun 2014.Namun begitu,saya tak pasti samada MARA membuka peluang guru ini pada setiap tahun. Ini kerana saya tidak nampak apa-apa iklan pengambilan GURU MARA 2016. Pengalaman temuduga saya ini adalah untuk pengambilan GURU MARA 2015.

Berbalik kepada cerita saya, Tarikh tutup iklan 30 November 2014.
Saya tidak lah beria-ria menunggu panggilan temuduga, bagi saya kalau dipanggil ada la rezeki, kalau tidak..tidak mengapa, boleh cuba lagi.


Tunggu punya tunggu…………………………………

Pada 8 Januari 2015, saya terima SMS dari MARA menyatakan panggilan temuduga GURU MARA.

Detail temuduga seperti berikut :

Tarikh temuduga : 21 Januari 2015
Subjek ditawarkan : Perakaunan
Masa Temuduga : 7.00 Pagi
Tempat : Institut Latihan Kecemerlangan MARA ILIM, Penang

Alhamdulillah,dapat juga interview, mula-mula rasa macam tak nak pergi sebab jauh. Kerja Lagi. Ingatkan dekat area KL. Senang sikit. Tapi interview ni centralized. MARA buat dekat ILIM, Penang untuk calon semenanjung Malaysia.

Fikir-fikir balik apa salah mencuba. Terus saya apply cuti. Yelah interview tu time weekdays.Kena la apply awal nak cuti.
…………………………………………………………………………………………………………
(21 Januari 2015)
Pukul 7.00 pagi sampai di ILIM. Diberi taklimat. Interview hari ini adalah untuk calon Guru Perakaunan sahaja. Jumlah calon yang hadir seramai hampir 200 orang. Semua yang hadir adalah calon perakaunan sahaja. Kalau nak tahu, MARA hanya ambil calon yang Berjaya tak sampai 10 orang. HUHUHU. Kena kerja keras ni. HEHEHE.

Diberitahu juga semasa taklimat, seramai hampir 60,000 orang yang mendaftar. Namun hanya hampir 3000 calon sahaja yang Berjaya menjejak ke pusat interview ni. Bersyukur. Dan hanya 200 calon sahaja yang akan diambil MARA untuk semua subjek. Bayangkan persaingan dia.
…………………………………………………………………………………………………………
Sesi temuduga ini terbahagi kepada 4 bahagian :

1)      Fitness Test
2)      Ujian Psychometric
3)      Penilaian temuduga
4)      Micro teaching*

*micro teaching ni macam mengajar olok-olok. Penemuduga akan jadi murid, kita jadi guru. Buat macam dalam kelas PNP. Kena bawa bahan mengajar juga. Untuk Subjek MATH/SCIENCE/COMPUTER/ACCOUNTING, candidates are encouraged to deliver the teaching in English. The time given is 10 minutes only. Jadi pandai-pandai la nak buat macam mana.


………………………………………………………………………………………………………
1)      Fitness Test
Calon diuji dengan larian ulang aling atau disebut beep test or bleep test. Alhamdulillah saya dapat sampai level 4.3. time tu hanya tinggal 3 orang calon sahaja daripada 15 orang. Hehe. Ok la. Tapi lepas tu, nak pengsan. Sebab over sangat time lari tu. Haha.

2)      Ujian Psychometric
Ada 77 soalan semuanya. Soalan common sense. Takde betul atau salah. Hantam saja. Dan hasilnya 31/77. Terpikir pulak. Layak ke aku jadi cikgu ni. Hehe. Takpe moving on to the next stage.
p/s Soalan ni direka oleh UPSI.

3)      Penilaian temuduga
Part ni cuak banyak. Mana taknye. Semua calon physo2 belaka. Dengan pakaian nya, dengan confidentnya. Tapi sapa tau dalam hati depa. Sama je macam kita. Hehe.
Satu group ada 5 orang calon. Penemuduga serami 3 orang. Saya dapat group dengan 3 orang calon UPSI perempuan. Dan seorang lelaki yang dah kerja. Nampak disitu cuaknya nak kena compete dengan graduan2 pendidikan. Tapi takpa, saya buat cool, buat steady. 

Temuduga berjalan seperti mana2 temuduga. Ditanya mengenai diri. Isu semasa. Settled. Bezanya untuk isu semasa mana-mana calon boleh melontarkan cadangan. Macam berbincang gitu.

4)      Micro teaching
Ni part last kena buat. Saya diberi masa selepas zuhur untuk mambuat micro teaching. Ada jugak calon yang siap sebelum zuhur. Ikut giliran siapa cepat siap, cepat balik..

Time ni saya pilih tajuk yang paling senang. Journal Entry. Ada la jugak saya edarkan nota-nota kepada penemuduga (konon-konon murid). Alhamdulillah ada la part mengajar saya dipuji penemuduga. Sembang-sembang dengan penemuduga tu sikit, rupanya salah seorang penemuduga tu kawan lecturer saya. Berborak la kejap, siap tukar2 no phone lagi. Hehhe. Tapi spoil sikit, masa nak keluar dari bilik tu, saya terlupa padam papan putih. Mesti kena tolak markah ni. Huhu. Redha.

……………………………………………………………………………………………………
Setled interview dalam pukul 3 petang.
Terus pecut balik KL. Sebab esoknya kerja pulak. Huh
……………………………………………………………………………………………………
Ha kali ini tertunggu-tungu keputusan pulak.

Masa ni macam – macam andaian dibuat. Ada yang cakap bulan 3. Tunggu punya tunggu tak keluar jugak. Ok Sabar. Tunggu Bulan 4. Habis bulan 4 masih tiada jawapan. Mungkin bulan 5. Harap-haraplah sebab dah hampir 4 bulan tak keluar-keluar jugak.. Namun keputusan yang ditunggu-tunggu tak dapat jugak. Huhu. Betul la orang cakap, penantian satu penyiksaan. Time tu siap ada group wassap lagi sebab nak update keputusan punya pasal. Hehe.


Hingga tiba minggu pertama bulan jun. diberitakan kawan2 group ada yang dapat panggilan melalui SMS. Saya tak dapaaaaaaaat. Huhu. Bersedih seketika.  Tak putus asa saya check lagi sekali dekat link yang dorang bagi. Ok. Still tak dapat. Redha. Bukan Rezeki disini. Mungkin tempat lain.  J


Sekian pengalaman interview GURU MARA DC/DG41.
Walaupun tak diterima, tapi akan aku jadikan pengalaman ini buat rujukan masa hadapan. Mana la tau, ada panggilan interview lagi ke kan. Siapa tau. Allahu’alam.

14 January 2016 @12:21 a.m
p/s: cukup setahun tarikh saya menerima SMS panggilan interview dari MARA. J













24 comments:

  1. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian. Sgt bermanfaat.
    Sy dpt panggilan temuduga guru MARA subjek pend. Islam pd 29hb May ni..jd sy nak tanya, rph yg kita sediakn tu utk 1 sesi pembelajaran tp micro teaching hanya 10minit. So kita mengajar tu kena habiskan 1 sesi pembelajaran dlm masa 10minit @ mengajar mcm biasa berenti bila cukup masa@diminta? Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. Tahniah di atas panggilan temuduga yg diterima. Kena pandai2 bajet mase. sbb mase 10 mnt je. So nak senang, pilih tajuk yg simple tapi padat. Sebenarnya smada nak kne abiskan atau disuruh berhenti tu, ikut penemuduga. Based on my observation, ade penemuduga yg diam tggu calon abes mnegajar dan ade yg suruh berhenti. So nak selamat. Praktis 10 mnit mse yg diberi.

      p/s : MARA ada sediakan satu bilik khas untuk calon yg nak guna LCD mase micro teaching. Moga bermanfaat

      Delete
  2. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian. Sgt bermanfaat.
    Sy dpt panggilan temuduga guru MARA subjek pend. Islam pd 29hb May ni..jd sy nak tanya, rph yg kita sediakn tu utk 1 sesi pembelajaran tp micro teaching hanya 10minit. So kita mengajar tu kena habiskan 1 sesi pembelajaran dlm masa 10minit @ mengajar mcm biasa berenti bila cukup masa@diminta? Terima kasih...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Kiranya akhirnya dapat juga ya walaupun menunggu setahun? Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, tak dapat pun sebenarnya. haha. saingan sengit. tak de rezeki.

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian sedara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..nk tye pasal ujian penilaian tu soalan dye mcmne ye?ade pngiraan ke?

      Delete
  5. salam. nak tanya. masa present about account tu, awk present by board lah? bukan slide or anything? and u present tu fully complete based on your RPH? u habiskan apa yg mcm rph ke?

    ReplyDelete
  6. Wsalam..aah gune white board..btw..time tu..kami ada pilihan..samada whiteboard or slide (LCD projector provided) tapi utk satu kelas je..yg lain whiteboard..it depends on ur topic.kalau smpt habes.silakan.sy pilih topic simple..sbb masa cuma 10mnt.. 2 org penemuduga jadi murid..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. untuk fitness test level berapa ya yang kita perlu lepas. then 2 org penemuduga itu memang akan jadi murid ya. dia akan respond lah setiap pertanyaan kita atau dia akan diam je. thank you for your sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam..saya tak pasti smpi level berapa kena lpas..tapi agak2 la..jgn terlalu rendah..yup..time sya dorg respond setiap apa yg kita tanya..ok u r welcome.

      Delete
  8. Terima ksh ats perkongsian..byk membantu sy sebenarnya.interview 2017 da xde lcd projector.sume guna whiteboard je.ujian ada 4 juga..tengah tunggu result..moga ada rezeki..

    Sedikit sharing..bg yg ada master or phd,rsnye x perlu masukkan masa isi online.sbb ni borg online.tapisan pn online juga..dg41 utk degree.dan ditawarkan gaji guru baru (tips utk yg dh bekerja n gaji lebih dr gaji starting guru)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..macam mane sekarang..ade rezki jadi guru ke?

      Delete
  9. cartiecacloset.blogspot.my/2014/02/permohonan-sebagai-guru-mara.html?m=1

    Tips dari cikgu ika-jadi guru sementara di mana2 mrsm dahulu.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. dah apply and bakal menjalani temuduga 25hb FEb 2020. Doakan saya XD

      Delete
  11. Replies
    1. sama la....kat penang,....subjek sc com

      Delete
    2. Mcm mne korang..ade rezki jadi cikgu tak?

      Delete
  12. Kenapa ekk semua tak dpt ekk anjay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengambilan guru mara ni sllunya limited..persaingan memang bukan kaleng2..ikut rezki masing2

      Delete
  13. Assalamualaikum..nak tanya kena ada sediakan rancangan mengajar harian tak?kena ikut silibus pengajaran tingkatan 4/5 ka?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum..nak tanya kena ada sediakan rancangan mengajar harian tak?kena ikut silibus pengajaran tingkatan 4/5 ka?

    ReplyDelete