Tuesday, 29 December 2015

Pengalaman Pertama Interview Kerja

Assalamualaikum w.b.t

Buat permulaannya harini bertarikh 29/12/2015, Selasa, aku mula nak berjinak dengan menulis di blog. Tak tau dari mana datangnya ilham nak buat blog ni. Aku rasa aku nak buat.. Apa lagi terus sign up buat blog. 

Aku bukanlah seorang penulis yang hebat. Penulisan yang paling panjang aku buat pun time study degree dulu. Tu pun time buat assignment. Kalau takde assignment, memang takde lah harapan aku nak tulis ayat-ayat ni. 

Baru dua perenggan pendek aku tulis, dah rasa takde idea dah nak tulis apa. Hahaha. Lantakla kau jahh..

Berbalik pada tajuk entry yang aku nak ngarutkan ni..hmmm tulah..kerja ooo kerja.. ko ingat senang nak cari kerja dizaman millenia ni..huh..

Aku nak cerita sikit pengalaman aku masa mula-mula dapat kerja...

...................................................................................................................................................................

Aku habis blaja dulu masa bulan Jun, 2014. Degree in Accounting. Aku ambik scroll 13 October 2014. Kira Konvo la tu

Dalam masa beberapa bulan sebelum aku konvo. Aku memang dah decide aku tak nak kerja luar lagi. Sebab ape? Sebab aku nak tolong mak abah aku kat kampung. Tolong la apa yang patut. Banyak gak masa aku habis kat kampung. Dalam 4 bulan camtu. 

Tapi dalam masa yang sama, Takde la aku buat donno je pasal keje ni. Aku still cari jugak keje.
Dengan cara apa? aku sign up jobstreet, jobmalaysia, dan aku tengok kat website company2 bahagian career mesti ade job vacancies. 

Banyak gak application yang aku submit..tapi yang banyaknya dekat jobstreet dengan jobmalaysia jelah. sebab senang nak apply. just simply click on apply. then submit. 

Hasilnya. Adela beberapa company yang accept job application aku. Dan dipanggil untuk ditemuduga. Cara company invite for an interview melalui email. Kalau melalui jobstreet ni, they will keep reminding us about the interview schedule. Siap hantar guna mesej lagi nak bagitahu interview nak dekat. haha

Namun, semua jawatan yang aku dapat kat jobstreet tu aku tak pegi. Tak tau la sebab aku tak pegi. mungkin sebab tak berapa minat agaknya. 

Soft reminder sikit. Kalau tak jadi attend interview nanti jangan lupa pulak untuk inform them about the cancellation. Nampak sikit adab kita di situ.

...................................................................................................................................................................Kat atas tu aku cerita pasal application kat jobstreet.

Ha yang ini, cara aku apply via company's website. 
Cara-caranya:
1) Google company mana yang aku nak bekerja.
2) Dah masuk dalam website tu. Pergi ke career tab. Click kat situ.
3) Tengok samada ada job vacancies or not.
4) Kalau ada, dan bersesuaian dengan kita. Ha apa lagi submit la resume anda kat email yang disediakan. Settled.


Kadang-kadang ada jugak company yang besar-besar, minta kita isikan resume dalam website mereka. bagaimana? kita kena sign up macam buat email. tapi kali ni banyak la details yang kena isi. lebih kurang details yang ada kat resume kita. Senang cite macam korang isi borang SPA.
Lepas dah settle isi semua maklumat berkaitan, barulah boleh apply job vacancies (if available). Kalau takde kosong tunggu la bila2 ada open for job vacancies.

...................................................................................................................................................................
Panjang bebenor la nak sampai part interview pertama ni.. huh. sabar2..

Ok. Aku apply dengan cara google company yang aku nak bekerja. Alhamdulillah bukak bukak je website tu, dekat bahagian career, ada job vacancy. Walaupun aku tengok requirementnye melebihi apa yang aku ada. Tapi dengan semangat yang berkobar-kobar, aku try jugak la, mana tahu ada rezeki. BELUM CUBA BELUM TAHU. 

Bulan 8   : Aku drop resume
Bulan 9   : Alhamdulillah, aku dipanggil interview.

Pengalaman Interview Pertama Aku:

Interview kat KL.. masa interview hari jumaat pukul 2.30ptg.

Sapa-sapa pun first interview je mesti cuak die menggunung tinggi. 
Tambah lagi aku,berganda2..

Namun, nak bagi cuak hilang. at least sikit jadila.. aku cakap kat diri aku "kalau ada rezeki, ada la" tak ke mana". Sedangkan makanan yang dah masuk mulut pun boleh terkeluar balik, itu namanya bukan Rezki. Ni la bisikan hati aku duk sebut-sebut. Hilang la sikit cuak nya.

Setibanya aku ditempat interview, aku dibawa ke bilik khas untuk menduduki 'english test'.. Soalannya basic mengenai grammar dan essay. Part essay ni la aku tak tau nak tulis apa. Mengarut je lebih. Disuruh buat lebih 100 words aku buat kurang dari tu. Malas pulak time tu nak pikir2. Idea pulak tak mencurah2 ke dalam ladang gandum. hmm. lantak sana.

Dalam sejam masa diberikan untuk english test tu.. Dah settle. aku dipanggil masuk ke dalam bilik interview.

Ada tiga orang panel semuanya. 
1) HR  2) Head of Department  3) Senior

Soalannya cliche.. perkenalkan diri dahulu..
Pung pang pung pang aku cakap...

Kemudian, masuk soalan pengalaman kerja.. aku cerita la pengalaman aku buat audit masa praktikal dulu.. pung pang pung pang..

Bagitahu apa yang terlintas kat fikiran.. then terjemahkan dalam pertuturan.. cewaahhh
kena confident..

Apa yang aku perasaan. Panel ni nak tengok penampilan kita, cara bercakap dan yang paling penting kita boleh bkerja dalam satu kumpulan, pandai mengawal stress dan boleh bekerja lebih masa.  Nanti dorang akan tanya benda ni. Macam aku, aku ceritakan berdasarkan pengalaman kerja audit aku. Complete semua criteria tu. alhamdulillah..setel interview

Bulan 10 : dalam pertengahan bulan, aku mendapat panggilan telefon yang menyatakan aku diterima kerja. Alhamdulillah

Bulan 11 : Aku mula lapor diri. Bertarikh 03/11/2014. 

Sekarang Bulan 12,2015 : Dah setahun 2 bulan aku kerja situ. Alhamdulillah

Rasanya mata dah mengantuk ni.. esok kerja. So berhenti setakat ni dulu.. next entry aku cerita pengalaman kerja lain pulak.. tu pun kalau mood menulis ada..hehhe

p/s : macam krik2 je part interview tu. apepun. korang layan jelah












No comments:

Post a Comment