Pengalaman Temuduga Jawatan GURU MARA DC/DG41
Assalamu’alaikum w.b.t
Buat semua pembaca blog-blog di Malaysia. Hari ini terasa nak mengarut sikit mengenai pengalaman temudaga GURU
MARA DC/DG 41 2015. Semoga apa yang saya ingin kongsikan ini sampai kepada
semua pembaca hendaknya.
Saya percaya ramai pembaca di
luar sana samada yang masih menganggur mahupun yang sudah berkerjaya tercari-cari sama ada jawatan guru
masih dibuka oleh kementerian mahupun MARA sendiri. Betul tak?
Kan.. Saya yakin ramai pembaca
berhasrat ingin meneruskan kerjaya dalam bidang perguruan ini. Samada minat atau tak minat, ramai sekarang ni saya lihat ramai orang diluar sana mencari-cari jawatan guru ini.
Pengalaman temuduga guru MARA ini
merupakan pengalaman saya sendiri yang berlaku pada bulan Januari 2015. Pada November 2014, tersiar ikan jawatan kosong untuk
JAWATAN GURU MARA DC/DG41. Sewaktu iklan disiarkan saya sudahpun melapor diri
di sebuah Syarikat Swasta, baru beberapa hari. Namun, dengan sedikit keinginan
menjadi Guru, apa lagi, saya pun apply jawatan itu.
Banyak opsyen matapelajaran yang diberikan.
Tapi hanya perlu pilih satu. Saya memilih prinsip perakaunan, Sebabnya senang, saya ada degree in Accounting.
Walaupun saya lebih minat subjek matematik. Namun saya pilih akaun sebab kena
dengan degree. Takut kalau pilih matematik tak lepas pulak. Untuk
pengetahuan, saya tiada education background pun.
Akan tetapi, MARA masih mengambil graduan
bukan pendidikan dan akan diserap sebagai Guru Kontrak DC41. Guru yang dapat
jawatan ini, perlu mengambil Diploma Pendidikan untuk melayakkan diri ke
pangkat DG41.
Untuk tambahan, JAWATAN GURU MARA
ini juga telah dibuka pada tahun sebelumnya (2013) untuk pengambilan tahun
2014.Namun begitu,saya tak pasti samada MARA membuka peluang guru ini pada
setiap tahun. Ini kerana saya tidak nampak apa-apa iklan pengambilan GURU MARA
2016. Pengalaman temuduga saya ini
adalah untuk pengambilan GURU MARA 2015.
Berbalik kepada cerita saya, Tarikh tutup iklan 30 November 2014.
Saya tidak lah beria-ria menunggu
panggilan temuduga, bagi saya kalau dipanggil ada la rezeki, kalau tidak..tidak
mengapa, boleh cuba lagi.
Tunggu punya tunggu…………………………………
Pada 8 Januari 2015, saya terima
SMS dari MARA menyatakan panggilan temuduga GURU MARA.
Detail temuduga seperti berikut :
Tarikh temuduga : 21 Januari 2015
Subjek ditawarkan : Perakaunan
Masa Temuduga : 7.00 Pagi
Tempat : Institut Latihan
Kecemerlangan MARA ILIM, Penang
Alhamdulillah,dapat juga
interview, mula-mula rasa macam tak nak pergi sebab jauh. Kerja Lagi. Ingatkan
dekat area KL. Senang sikit. Tapi interview ni centralized. MARA buat dekat
ILIM, Penang untuk calon semenanjung Malaysia.
Fikir-fikir balik apa salah
mencuba. Terus saya apply cuti. Yelah interview tu time weekdays.Kena la apply
awal nak cuti.
…………………………………………………………………………………………………………
(21 Januari 2015)
Pukul 7.00 pagi sampai di ILIM. Diberi
taklimat. Interview hari ini adalah untuk calon Guru Perakaunan sahaja. Jumlah calon
yang hadir seramai hampir 200 orang. Semua yang hadir adalah calon perakaunan
sahaja. Kalau nak tahu, MARA hanya ambil calon yang Berjaya tak sampai 10
orang. HUHUHU. Kena kerja keras ni. HEHEHE.
Diberitahu juga semasa taklimat,
seramai hampir 60,000 orang yang mendaftar. Namun hanya hampir 3000 calon
sahaja yang Berjaya menjejak ke pusat interview ni. Bersyukur. Dan hanya 200
calon sahaja yang akan diambil MARA untuk semua subjek. Bayangkan persaingan
dia.
…………………………………………………………………………………………………………
Sesi temuduga ini terbahagi
kepada 4 bahagian :
1) Fitness Test
2) Ujian Psychometric
3) Penilaian temuduga
4) Micro teaching*
*micro teaching
ni macam mengajar olok-olok. Penemuduga akan jadi murid, kita jadi guru. Buat
macam dalam kelas PNP. Kena bawa bahan mengajar juga. Untuk Subjek
MATH/SCIENCE/COMPUTER/ACCOUNTING, candidates are encouraged to deliver the
teaching in English. The time given is 10 minutes only. Jadi pandai-pandai la
nak buat macam mana.
………………………………………………………………………………………………………
1) Fitness Test
Calon diuji
dengan larian ulang aling atau disebut beep test or bleep test. Alhamdulillah
saya dapat sampai level 4.3. time tu hanya tinggal 3 orang calon sahaja
daripada 15 orang. Hehe. Ok la. Tapi lepas tu, nak pengsan. Sebab over sangat
time lari tu. Haha.
2) Ujian Psychometric
Ada 77 soalan
semuanya. Soalan common sense. Takde betul atau salah. Hantam saja. Dan hasilnya
31/77. Terpikir pulak. Layak ke aku jadi cikgu ni. Hehe. Takpe moving on to the
next stage.
p/s Soalan ni
direka oleh UPSI.
3) Penilaian temuduga
Part ni cuak
banyak. Mana taknye. Semua calon physo2 belaka. Dengan pakaian nya, dengan confidentnya.
Tapi sapa tau dalam hati depa. Sama je macam kita. Hehe.
Satu group ada
5 orang calon. Penemuduga serami 3 orang. Saya dapat group dengan 3 orang calon
UPSI perempuan. Dan seorang lelaki yang dah kerja. Nampak disitu cuaknya
nak kena compete dengan graduan2 pendidikan. Tapi takpa, saya buat cool, buat
steady.
Temuduga berjalan seperti mana2 temuduga. Ditanya mengenai diri. Isu semasa.
Settled. Bezanya untuk isu semasa mana-mana calon boleh melontarkan cadangan. Macam
berbincang gitu.
4) Micro teaching
Ni part last
kena buat. Saya diberi masa selepas zuhur untuk mambuat micro teaching. Ada jugak
calon yang siap sebelum zuhur. Ikut giliran siapa cepat siap, cepat balik..
Time ni saya
pilih tajuk yang paling senang. Journal Entry. Ada la jugak saya edarkan
nota-nota kepada penemuduga (konon-konon murid). Alhamdulillah ada la part
mengajar saya dipuji penemuduga. Sembang-sembang dengan penemuduga tu sikit,
rupanya salah seorang penemuduga tu kawan lecturer saya. Berborak la kejap,
siap tukar2 no phone lagi. Hehhe. Tapi spoil sikit, masa nak keluar dari bilik
tu, saya terlupa padam papan putih. Mesti kena tolak markah ni. Huhu. Redha.
……………………………………………………………………………………………………
Setled
interview dalam pukul 3 petang.
Terus pecut
balik KL. Sebab esoknya kerja pulak. Huh
……………………………………………………………………………………………………
Ha kali ini
tertunggu-tungu keputusan pulak.
Masa ni macam –
macam andaian dibuat. Ada yang cakap bulan 3. Tunggu punya tunggu tak keluar
jugak. Ok Sabar. Tunggu Bulan 4. Habis bulan 4 masih tiada jawapan. Mungkin
bulan 5. Harap-haraplah sebab dah hampir 4 bulan tak keluar-keluar jugak..
Namun keputusan yang ditunggu-tunggu tak dapat jugak. Huhu. Betul la orang
cakap, penantian satu penyiksaan. Time tu siap ada group wassap lagi sebab nak
update keputusan punya pasal. Hehe.
Hingga tiba
minggu pertama bulan jun. diberitakan kawan2 group ada yang dapat panggilan
melalui SMS. Saya tak dapaaaaaaaat. Huhu. Bersedih seketika. Tak putus asa saya check lagi sekali dekat
link yang dorang bagi. Ok. Still tak dapat. Redha. Bukan Rezeki disini. Mungkin
tempat lain. J
Sekian
pengalaman interview GURU MARA DC/DG41.
Walaupun tak
diterima, tapi akan aku jadikan pengalaman ini buat rujukan masa hadapan. Mana
la tau, ada panggilan interview lagi ke kan. Siapa tau. Allahu’alam.
14 January 2016
@12:21 a.m
p/s: cukup
setahun tarikh saya menerima SMS panggilan interview dari MARA. J