Friday, 18 November 2016

Rumah Selangorku

Permohonan Rumah Selangorku

Apa khabar semua?

Kali ni saya nak karutkan pasal permohonan rumah selangorku. Kebanyakan org mesti dah tau apa rumah SelangorKu ni kan. Tapi saya yakin, ada jugak yang baru dengar atau pernah dengar tapi tak ambil port atau pernah dengar dan sedang memohon Rumah Selangorku ni. Syabas!

Seperti juga rumah Pr1ma, Rumah Selangorku ni adalah hasil initiative Kerajaan Selangor yang mensasarkan satu rumah satu family. Semua Rumah Selangorku ni, dibawah pengurusan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). 

So, apa syarat-syarat kelayakan memohon Rumah Selangorku ini? Haa.boleh tengok kat website ni : http://www.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_faq
Semua details ada.

Secara ringkas Rumah Selangorku ni ;

·         Ada Empat (4) jenis ; A, B, C, D
·         Harga :  tak lebih RM250,00.00 bergantung kepada jenis rumah (makin besar keluasan rumah semakin besar harganya)

Jadi apa yang saya nak ceritakan ni adalah pengalaman saya sendiri memohon Rumah Selangorku.

3 Mac 2016

Saya mula mengisi borang Rumah Selangorku secara online. Upload dokumen yang diperlukan dan hantar. Time nak isi boring kena fikir betul-betul jenis rumah apa yang nak dipohon dan di mana. Sebabnya, kita boleh pilih hanya satu pilihan sahaja. Kena tengok betul-betul rumah tu di kawasan mukim mana. Saya pening jugak nak pilihan kawasan mana. Akhirnya saya pilih rumah selangorku (Bandar Seri Coalfields-Jenis D) di Mukim Ijok Kuala Selangor. Sebab apa? Sebab rumah teres dua tingkat. Hehe. Status permohonan di peringkat ni ialah “Berjaya Didaftarkan”

7 Mac 2016

Saya check permohonan dah bertukar kepada “Senarai Menunggu”. Cepat jugak.
*Lepas pada tarikh ni hari-hari saya check website Rumah Selangorku ni, nak tengok statusnya. Rasa excited die bukan main.

29 Mac 2016

Macam biasa, check dekat website harini, dan Alhamdulillah status bertukar kepada “Ditawarkan Rumah.  B





Nak pastikan samada betul-betul nama kita ada dalam list, boleh semak di http://lphs.selangor.gov.my/ Di iklan pengumuman Senarai Nama yang Berjaya ditawarkan rumah menerusi Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemilihan Nama Bil… Klik kat link ni, kemudian ada paparan senarai rumah, klik pada rumah yang kita pohon tu,pastu download la. List tu dimasukkan dalam format excel.

Lepas tu, kita kena tunggu surat tawaran dari Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang akan dihantar ke alamat rumah kita dalam masa 30 hari.

Tu saja untuk karutan kali ni.

Kepada sesiapa yang tengah cari rumah diluar sana. Try usha2 Rumah Selangorku  di website http://www.lphs.gov.my/lphs/index.php ni. Selamat mencuba! Semoga ada rezeki anda di sini. InsyaAllah.